Tuesday, December 14, 2010

"Helaian Perasaan" : Part 4

by Hafizah Mohamad

19 Januari

Aku berkemas untuk pulang ke kampung esok. Esok cuti umum. Sempena apa? Aku tak berapa nak ambil tahu tentang cuti ni. So, dah alang-alang cuti hari jumaat, aku straight terus holiday sampai rabu. Afiq yang tahu aku akan balik kampung esok pagi, tersangatlah happy. Yeah, I miss him too. Miss him a lot. Teringat lagi suara dia dalam phone petang tadi.

"Mama.. Cepat sampai sini.. Afiq got something to show you."

"Dia buat layang-layang". Mak cuba mencela.

"Mama! Mama! Mama! I miss you this muchhh!". Suara Afiq excited.

"Mama! Afiq nak biscuit Famous Amos Please. Nenek kata sini takde. Nenek pun nak jugak satu balang!". Afiq bercakap tanpa henti.

Haha. Our favorite biscuit ever. Okay marilah sambung kemas barang. Barang mandian, Check.Stock pakaian untuk seminggu, Check. Towel, Check. Sebalang biskut Famous Amos, Check.Aku mencapai barang-barang tu semua masuk kedalam beg. Kemudian aku terpandang Surat 9 Jan dan 16 Jan yang masih terkulai di atas meja. Tanpa sebarang minat, aku membiarkan surat disitu. Aku terlelap.

"Ikut aku sebentar". Tokai menarik tanganku.

Aku tanpa sebarang kata hanya mengikut Tokai melalui suatu jalan yang agak suram yang dipenuhi dengan ramai orang yang mengikut jalan yang bertentangan. Tokai begitu melindungi. Aku terasa begitu selamat. Kami jalan sehingga tiba di jalan yang dihalang oleh dinding setinggi paras pinggang. Tokai membantu aku memanjat dinding. Kemudian ada kelibat seseorang hadir dari depan menghulurkan tangan. Aku memandang. Seseorang yang aku kenali. Aku memandang Tokai yang berada di belakang. Tokai senyum dan melepaskan genggaman tangannya dari tanganku. Hati aku jadi sedih. Sedih kerana Tokai tidak lagi akan bersama dengan aku.

Tanpa aku sedari, aku menitiskan air mata. Aku terjaga dari tidur setelah sedar yang aku nangis teresak-esak tanpa berhenti. Aku mengesat air mata. Aku cuba ingat kenapa aku nangis.

"Ya Allah. Mimpi rupanya."

Secara tiba-tiba wajah Tokai didalam mimpi menjelma.

"Tokai?"

Hurm. Ini mesti sebab aku dok bayangkan Ezra tu Tokai. Aduhai. Tapi kenapa aku rasa sedih? Aku.. Aku.. Aku rindu dekat Tokai. I really wish to meet you someday Tokai. Ezra? Iskh serius ar sebijik betul dia dengan Tokai. Ah~ Serabut pulak aku pikir thing remeh macam ni. Wait..back to my mimpi. Someone yang hulur tangan tu. He is..

"Malique?"


Tamat Part 4