Monday, June 28, 2010

Novelling: "Teh Ais Lemon" BTS

.: Interview Session with Adiana :.

Wartawan: "Cik Adiana, boleh kita mula?"

Adiana: "Saya hanya ada 5 minit sahaja, so make it fast okay."

Wartawan: "Okay. Boleh ceritakan sedikit tentang watak Adiana?"

Adiana: "Dia seorang yang perasan diri dia perfect. Berlagak. Talk a lot, don't know when to stop. Agak mata duitan tapi dia bukan jenis kikis duit orang okay. Bercita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya. Suka mengusik orang. Suka kelentong cerita. Tidak suka pada binatang. Dia agak alergik dengan bulu. Parent sudah bercerai. Tapi saya lebih rapat dengan mama saya. I love her sebab dia yang support saya untuk buka bisnes. Papa saya kaki perempuan, I hate him. Saya tinggal dengan nenek dan moksu saya. Mereka ada kedai makan. Senang kata famili saya ni very the bisnes type. Erm, apa lagi?"

Wartawan: "Wow, belum tanya lagi dah jawab."

Adiana: "Time is precious darling."

Wartawan: "Oh okay, saya ingin tahu bagaimana Adiana dan Flora boleh kenal?"

Adiana: "Sama tempat belaja. Tapi lain bidang. Kenal pun sebab mama Flora dan nenek saya kenal antara satu sama lain."

Wartawan: "Mereka satu kampung ke?"

Adiana: "Ni mesti cerita dari Namie kan? Hahaha. Saya kelentong sikit. Bukan sekampung tapi masa wedding mama Flora, dia ambil catering dengan nenek saya."

Wartawan: "Kamu tak suka Namie ke?"

Adiana: "Mana ada saya tak suka dia, cuma saya musykil. Saya rasa Namie suka kat adik saya."

Wartawan: "Kamu ada adik?"

Adiana: "Adik kembar, Adrian. Eh okaylah cik wartawan, time to go. Catch up later."

Wartawan: "Er, okay terima kasih banyak-banyak."

Bersambung..

Thursday, June 17, 2010

Novelling: "Teh Ais Lemon" BTS

.: Interview Session with Namie :.

Wartawan: "Siapa Namie dalam TAL?"

Namie: "Seorang gadis misteri yang tiada siapa tahu asal usul dia."

Wartawan: "Adakah dia watak jahat or baik?"

Namie: "Itu lah misteri nya. Mungkin dia ada muslihat disebaliknya."

Wartawan: "Bagaimana dengan wataknya?"

Namie: "Dia seorang yang agak pelik. Dia jarang bercakap tapi dia suka bertanya sehingga orang naik bosan nak layan."

Wartawan: "Antara Flora, Maya dan Ariana, yang mana satu Namie rapat?"

Namie: "Adiana. Bukan Ariana."

Wartawan: "Maafkan saya. Saya belum interview dia lagi, maybe sebab tu saya tersilap."

Namie: "Oh nanti kalau interview dia, boleh tak tanya sama ada dia benci Namie ke tak?"

Wartawan: "Kenapa pula dia boleh benci Namie?"

Namie: "Itu yang saya nak tahu juga. Mungkin dia benci. Entahlah, dari pandangan dia tu. Entah~"

Wartawan: "Okay insya-Allah kalau saya ingat, saya akan tanya Adiana. So, dalam TAL, hidup Namie ada kaitan tidak dengan Flora dan Maya?"

Namie: "Saya jumpa Flora dahulu. Flora yang kenalkan saya dengan Adiana."

Wartawan: "Bagaimana Flora boleh kenal dengan Adiana?"

Namie: "Kalau tak salah saya, ibu Flora satu kampung dengan nenek Adiana. Rasanya lah, saya tak sure. Kenapa tak tanya pada Flora je?"

Wartawan: "Kami sudah interview Flora dalam sesi sebelum ini. Tak terlintas pula nak tanya soalan ni."

Namie: "Saya rasa awak perlu interview Flora sekali lagi."

Wartawan: "Kenapa pula?"

Namie: "..."

Wartawan: "Erk, okaylah cik Namie. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa."

Bersambung..

Sunday, June 6, 2010

Novelling: "Teh Ais Lemon" BTS

.: Interview Session with Maya :.

Wartawan: "Selamat datang cik Maya."

Wartawan: "Saya diberitahu yang kamu dan Flora berkawan?"

Maya: "Ya, memang kami kawan sejak kecil. Kami kenal ketika di tadika."

Wartawan: "Macam mana kamu berdua boleh berkawan? Saya tengok kamu berdua sangat berbeza."

Maya: "Saya selalu kena buli ketika di tadika. Flora selalu selamatkan saya. Saya ingat dia lelaki dan saya pernah menyimpan perasaan terhadap dia."

Wartawan: "Berapa lama baru kamu tahu dia perempuan?"

Maya: "Sejak dia bergaduh dengan Mukriz."

Wartawan: "Kenapa mereka bergaduh?"

Maya: "Mukriz larang saya berkawan dengan Flora sebab dia sangka Flora adalah budak lelaki."

Wartawan: "Oh..
Maya tinggal dengan siapa?"

Maya: "Saya tinggal dengan my dad, malique; and my brothers, Mukriz, Mirzan dan Muaqil."

Wartawan: "Ibu kamu?"

Maya: "Sudah meninggal."

Wartawan: "Oh maafkan saya cik Maya, saya tak tahu."

Maya: "Tak apa.."

Wartawan: "Saya tak bermaksud hendak membuat cik Maya bersedih. Saya ucapkan terima kasih kerana cik Maya sudi datang."

Bersambung..

Wednesday, May 26, 2010

Novelling: "Teh Ais Lemon" BTS

.: Interview Session with Flora and Mukriz :.

Wartawan: "Siapakah kamu berdua?"

Flora: "Saya patut tanya soalan kepada kamu. Kenapa saya perlu datang kesini?"

Mukriz: "Hah, tau takpa. Aku pun masih musykil ni."

Wartawan: "Ini adalah temubual exklusif bersama Flora dan Mukriz?"

Flora: "Oh okay. So apa yang awak ingin tahu?"

Wartawan: "Saya mahu tahu, siapakah Flora dan Mukriz dalam cerita TAL?"

Mukriz: "Kami berkawan."

Flora: "and we have a sing-band together. Saya adalah seorang remaja yang di abandon-kan oleh famili. Parent kaya. Tapi saya anak angkat je. Saya kenal Mukriz pun dari Maya."

Wartawan: "Siapa Maya?"

Mukriz: "Maya adalah kawan Flora dan adik kandung saya."

Wartawan: "You all ni berjiran?"

Flora: "Bukan berjiran, tapi duduk taman yang sama. Saya and Maya satu tadika."

Wartawan: "Kamu berdua pasangan kekasih ke?"

Flora: "Erm.."

Mukriz: "Saya anggap Flora ni macam adik sendiri. Tapi dalam diam saya suka dekat dia."

Flora: "Kami rapat dan saya anggap dia macam abang saya sendiri, so saya tak rasa lah ada apa-apa perasaan dengan dia."

Wartawan: "Kamu berdua akan berpasangan ke?"

Mukriz: "Itu depends on penulis. Hehe."

Flora: "Huh! Harap-harap tidak!"

Mukriz: "Ala, aku tau la kau ada hati dengan Naqiu"

Flora: "Naqiu gonjeng tu? Tolong la~ Pandang dia pun tidak!"

Mukriz: "Kau ni les ke?"

Flora: "What?!!"

Mukriz: "Hahahaha"

Wartawan: "Ok sudah! sudah! Jangan bergaduh. Terima kasih kerana sudi hadir ke interview ini."

Bersambung..

Tuesday, May 18, 2010

Novelling: "Teh Ais Lemon" BTS

.: Interview Session with the Penulis :.

Wartawan: "Boleh cerita sedikit tentang Teh Ais Lemon?"

Penulis: "Konsepnya begini; Teh, Ais dan Lemon ditemukan dengan curahan Air. Begitu sasteranya. Wah begitu poyo saya ni."

Wartawan: "Err.. Siapa watak utama?"

Penulis: "Semuanya."

Wartawan: "Teh, Ais, Lemon dan Air. Ada empat watak ke?"

Penulis: "Awak teka or memang awak pakai tembak je? Tak mungkinlah awak terer"

Wartawan: "Err.. Mungkin sebab saya handsome."

Penulis: "Err..."

Wartawan: "Ok sudah. Watak siapa yang paling susah?"

Penulis: "Sama je semua pun susah."

Wartawan: "Adakah Air lemon teh itu adalah minuman feveret dalam cerita ini?"

Penulis: "Er, itu saya tak boleh lah nak bagitau. Kena baca sendiri baru tahu."

Wartawan: "Apa cabaran untuk menulis cerita TAL ini?"

Penulis: "Cabarannya adalah dari segi penulisan untuk memerah otak menjadi personaliti yang berbeza-beza. Well, lebih senang menyanyi dari penulis novel."

Wartawan: "Awak selalu menyanyi?"

Penulis: "Soalan ni ada kena mengena ke?"

Wartawan: "Tak pun. Okla terima kasih cik Penulis kerana sudi meluangkan masa."

Bersambung..