by Hafizah Mohamad
Dua tahun sebelum..
"Mama~"
Anak kecil yang berusia dalam lingkungan setahun itu mendakap aku. Begitu mesra panggilannya. Aku terpesona dengan telatah anak kecil ini. Lalu aku merancang untuk mengambil anak ini sebagai anak angkatku.
Nama : Afiq Bin Abdullah
DOB : 11 October 2009
Afiq. Nama yang simple. Pertama kali aku memandang Afiq, ketika itu dia baru berumur 4 bulan. Belum pandai bercakap. Perkataan pertama dia adalah 'Mama'. Mataku bersinar memandang wajah chinese-malay si Afiq ini. Pertama kali aku membawa Afiq pulang kerumah juga, dia disambut dengan penuh kasih sayang. Afiq seorang anak yang baik.
"Mama~". Afiq mengosok-gosok matanya.
"Ye sayang. Kenapa ni?". aku bertanya.
"Cannot sleep"
"Ala shian dia. Come here". Aku memeluknya.
Kring~ Kring~ Kring~
Telefon rumah berdering. Kami memandang sesama sendiri. Hanya dua orang sahaja yang tahu nombor telefon rumah iaitu emak dan Aunty Wawa. Kalau dalam waktu begini, memang tiada orang lain selain dari emak. Yaya bangun dari sofa.
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam". Jawab Yaya sambil memandangku dan memberi tanda ianya memang emak.
Aku memandang Afiq. Aku membetulkan rambutnya yang kelihatan serabut bangun dari tidur. Afiq memandangku.
"Afiq"
"Ye mama"
"Next week Chekya balik kampung. Afiq tinggal dengan Chekbib boleh?". Aku serba salah bertanya. Afiq mengangguk.
"Ieki~ Mak nak cakap". Yaya memanggil sambil menghulur ganggang telefon.
"Assalamualaikum Mak"
"Wa'alaikumsalam. Huh ni Mak nak suggest. Alang-alang Yaya balik tu, biarlah dia bawak Afiq sekali tinggal dengan Mak dua minggu"
"Hurm". Aku memandang Afiq. Tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan Afiq selama dua minggu.
"Huh macam mane?". Emak tanya dengan penuh excited.
"Ieki tanya dia dulu".
***
16 Januari
Seperti biasalah awal pagi hari isnin. Mesyuarat dari 8 pagi hingga 10 pagi. Akhirnya masalah tak dapat juga selesaikan. Aku terus ke pantry. Fauzi, Andy dan Ezra sedang berborak sambil minum kopi.
"Suria~". Fauzi menyapa. Aku memandang sambil menuang kopi ke dalam cawan.
"Ada surat lagi untuk kau". Fauzi tersengih.
"Siapa?"
"Hadi". Andy menjawab.
"Siapa?"
"Budak trainee dekat department engineering. Last week pun dia jugak"
"Korang kenal ke?"
"Tapi bukan dia yang bagi that letter. Dia just tukang hantar je". Jelas Andy
Tamat Part 2