Tuesday, May 18, 2010

Novelling: "Teh Ais Lemon" BTS

.: Interview Session with the Penulis :.

Wartawan: "Boleh cerita sedikit tentang Teh Ais Lemon?"

Penulis: "Konsepnya begini; Teh, Ais dan Lemon ditemukan dengan curahan Air. Begitu sasteranya. Wah begitu poyo saya ni."

Wartawan: "Err.. Siapa watak utama?"

Penulis: "Semuanya."

Wartawan: "Teh, Ais, Lemon dan Air. Ada empat watak ke?"

Penulis: "Awak teka or memang awak pakai tembak je? Tak mungkinlah awak terer"

Wartawan: "Err.. Mungkin sebab saya handsome."

Penulis: "Err..."

Wartawan: "Ok sudah. Watak siapa yang paling susah?"

Penulis: "Sama je semua pun susah."

Wartawan: "Adakah Air lemon teh itu adalah minuman feveret dalam cerita ini?"

Penulis: "Er, itu saya tak boleh lah nak bagitau. Kena baca sendiri baru tahu."

Wartawan: "Apa cabaran untuk menulis cerita TAL ini?"

Penulis: "Cabarannya adalah dari segi penulisan untuk memerah otak menjadi personaliti yang berbeza-beza. Well, lebih senang menyanyi dari penulis novel."

Wartawan: "Awak selalu menyanyi?"

Penulis: "Soalan ni ada kena mengena ke?"

Wartawan: "Tak pun. Okla terima kasih cik Penulis kerana sudi meluangkan masa."

Bersambung..

No comments: