Tuesday, August 24, 2010

"Helaian Perasaan" : Part 1

by Hafizah Mohamad

10 Januari

Aku memandang sampul surat. Tiada setem. Tiada nama si penghantar. Tiada destinasi asalnya. Tiada clue langsung untuk aku meneka. Yang ada hanya nama aku dan tarikh tertera didepan sampul surat. Suria(9 Jan). Semalam sebenarnya aku dapat surat ni. Betul-betul atas meja aku. Tapi semalam busy sangat dengan meeting dan project deadline sampai aku terlupa surat ni. Fauzi orang yang paling awal sampai office semalam. Dia nampak ada orang yang letakkan surat tu dekat meja aku. Lelaki. Dari department Engineering katenya. Siapalah yang nak mainkan aku ni? Aku membelek depan dan belakang. Aku halakan ke arah lampu untuk melihat bayang isi sampul. Aku dapat meneka ianya sepucuk surat. Hanya sepucuk surat. Aku seakan hampa. Tapi tak berani pula nak buka. Entah apa isinya nanti.

"Suria!". Jerit Jojie dari cubicle depan. Aku tersentak dari lamunan.

"Apa dia?". Dengan pantas aku letakkan sampul surat di dalam laci mejaku.

"Cepatla kemas. Lagi 10 minit dah nak balik". Jojie berdiri di depan mejaku sambil mengelap mukanya dengan kertas oil-blotter.

Aku menjeling dan tersenyum dengan gelagat Jojie. Sambil mengemas meja, aku berbelah bagi sama ada untuk membawa sampul surat misteri itu pulang atau tidak. Beberapa kali aku membuka laci dan menutup laci. Aku melihat sampul surat. Nak bawak sekali ke tak. Nak ke tak. Hurm.

"Cepatlah makcik!". Jojie menjerit didepan pintu office.

Aku melihat sekeliling. Semua officemate dah balik. Dashyat juga aku mengelamun. Aku membiarkan sampul surat itu didalam laci dan berlari ke arah Jojie. Aku tersenyum kearah Jojie yang penat menunggu. Aku memandang kearah laci. Lalu timbul sedikit perasaan menyesal. Jojie menarik lenganku. Setibanya kami didepan kereta, aku mencari kunci keretaku. Alamak! Jangan-jangan aku tertinggal kunci kereta dalam laci. Laci yang sama aku letakkan sampul surat tu. Aduh! Ini semua gara-gara mengelamun tentang surat misteri tu. Aku terus berlari semula keatas.

"Hoi!". Jojie menjerit.

"Kunci kereta!". Aku menjerit sambil berlari sepantas yang mungkin.


* * *
Di rumah..

Selepas selesai makan malam, aku teringat akan surat. Mujur sangat kunci kereta tertinggal tadi. Dapat juga aku tukar fikiran untuk bawa pulang surat tu. Harap-harap jangan lah ada yang letak ubat guna-guna dalam ni. Ah perasan pula aku ni, muka tak semegah, hidung mancung tak habis, pipi tak boleh sorong. Janganlah nak perasan Suria oi, siapalah yang nak manderam kan kau?

Aku mengambil surat dalam beg tanganku dan menuju ke ruang tamu. TV di-on kan supaya menjadi peneman. Aku menghidu surat. Hmm, wangi. Bau perfume lelaki ni. Dengan secara tiba-tiba, aku blushing.

"Hoi berangan!". Tegur Yaya sambil merampas remote control.

"Bisinglah. Nak berangan pun tak boleh". Aku terkejut lalu menyorokkan sampul di bawah peha.

"Kau bukan setakat berangan je. Ni ada campuran angau sekali. Bahaya dah tu. Haha"

"Janganlah tukar channel. Biarkan jela"

"Cerita cina. Chong cheng chong cheng. Macamlah kau paham. Weh, minggu depan aku dah startcuti midterm dua minggu. So, jumaat ni aku balik kampung"

Yaya adalah adik bongsu aku. Dia duduk dengan aku dekat sini. Dia belaja kat kolej. Sambil tu dia keja part-time dekat cafe bawah. Anak emak dia ni. Manja tak ingat dunia. Apa-apa rahsia janganlah harap dia boleh simpan. Kalau dia balik kampung dua minggu, terpaksalah aku hantar Afiq dekat rumah Kak Bib. Entah hendak entah tidak si Afiq tu.


Tamat Part 1

Sunday, August 22, 2010

"Namaku Katie" : Episod Hidupku Ibarat Erra Pazira

by Hafizah Mohamad

Kedinginan air-cond membuatkan tubuhku tidak dapat bertahan. Lalu aku decide untuk bangkit dari tidur lenaku. Aku mencapai remote control air-cond. Aku cuba menekan OFFberkali-kali tetapi air-cond masih lagi bernyawa. Eh, apsal remote bertukar jadi pensel box? Aku lupa yang aku mana ada air-cond dalam bilik aku. Rumah aku kampung je. Aduh! Aku memandang jam di dinding. 6:40.

10 minit mandi. 5 minit salin pakaian. 5 minit makeup. Aku akui yang aku memang seorang yang pakar dalam menyusun jadual hidupku. Aku seorang yang teratur. Aku bangga dengan diri aku.

Oh lupa nak kenalkan diri aku. Nama aku Katijah Binti Kordi. Nama glamour Katie. Umur aku 14 tahun. Cita-cita aku nak jadi model. Tengok je la rambut panjangku ini. Walaupun taksyampoo 4 hari, tapi masih maintain lembut. Nenek kata masa ibu mengandungkan aku, ibu suka tengok ekor lembu. Mungkin sebab itu rambut aku lembut bak ekor lembu. Ekor lembu lembut ke?

Aku mengatur langkahku kebilik mandi. Ibu pandang aku. Pandang aku macam tak pernah nampak orang secantik aku je. Tahu la aku cantik. Iskh ibu ni! Di sebabkan ibu memandang aku tadi. Aku yakin yang aku kelihatan begitu cantik walaupun belum mandi. So, aku tak jadi nak mandi. Aku berus gigi and basuk muka je. Aku keluar dari bilik air. Aku memulakan langkah cat-walk ku. Ibu masih disitu. Masih memandangku dengan begitu terpesona. Aku melambai ibu seperti menang title miss universe. Aku mendengar hati kecil ibu berkata aku mereng.

Aku pandang cermin. Cantiknya body aku. Walaupun cermin ni kecik. Walaupun hanya nampak muka aku jek. Tapi dengan meminjam body erra pazira yang memakai kebaya ketat tu, lalu ku tampal di dinding. Aku yakin yang body aku adalah sebegitu rupa.

Vroom Vromm..

Itu bunyi motor ayah. Cepatnya dah nak gerak. Aku memantaskan langkah ku ke dapur. Ibu masih memandang aku.

"Kejap ayah! Tunggu!". Aku teriak sambil berlari.

"Hengko ager kehas hambahan ke Hijah?". Ayah bertanya dengan suara sengaunya.

"Kelas pagi la ayah oi". Aku menyarung stoking.

"Pagi hape?". Ayah bertanye lagi.

Aku pandang ayah. Iskh, apehal Ayah ni. Pagi-pagi lagi badan dah berpeluh macam seharian bekerja. Aku ignore je ayah tercengang. Aku pergi ke meja. Ada cekodok. Eh, tak pernah pun mak buat sarapan cekodok.

Tiba-tiba azan berkumandang. Aku tercengang. Achik dan adik berlari-lari pulang ke rumah.

"Azan subuh 7:20?". Aku bertanya.

Panggggggg!! Bontot kuali hinggap di kepala otak aku. Dipukul oleh Ibu. Apsal ganas pulak orang tua ni?

"Hubuhh hepala hotakk hengko! Maghibb ar!". Ayah menjerit dengan suara sengaunya.

Aku menandang Ibu. Aku seakan marah sebab Ibu tak menegur aku sedari tadi. Eh lupa pulak. Ibu kan bisu. Haish! Aku mengeluh dan berjalan catwalk ke bilik. Terdengar suara sumbang Achik dan Adik mengelakkan aku.


Tamat.