Tuesday, August 24, 2010

"Helaian Perasaan" : Part 1

by Hafizah Mohamad

10 Januari

Aku memandang sampul surat. Tiada setem. Tiada nama si penghantar. Tiada destinasi asalnya. Tiada clue langsung untuk aku meneka. Yang ada hanya nama aku dan tarikh tertera didepan sampul surat. Suria(9 Jan). Semalam sebenarnya aku dapat surat ni. Betul-betul atas meja aku. Tapi semalam busy sangat dengan meeting dan project deadline sampai aku terlupa surat ni. Fauzi orang yang paling awal sampai office semalam. Dia nampak ada orang yang letakkan surat tu dekat meja aku. Lelaki. Dari department Engineering katenya. Siapalah yang nak mainkan aku ni? Aku membelek depan dan belakang. Aku halakan ke arah lampu untuk melihat bayang isi sampul. Aku dapat meneka ianya sepucuk surat. Hanya sepucuk surat. Aku seakan hampa. Tapi tak berani pula nak buka. Entah apa isinya nanti.

"Suria!". Jerit Jojie dari cubicle depan. Aku tersentak dari lamunan.

"Apa dia?". Dengan pantas aku letakkan sampul surat di dalam laci mejaku.

"Cepatla kemas. Lagi 10 minit dah nak balik". Jojie berdiri di depan mejaku sambil mengelap mukanya dengan kertas oil-blotter.

Aku menjeling dan tersenyum dengan gelagat Jojie. Sambil mengemas meja, aku berbelah bagi sama ada untuk membawa sampul surat misteri itu pulang atau tidak. Beberapa kali aku membuka laci dan menutup laci. Aku melihat sampul surat. Nak bawak sekali ke tak. Nak ke tak. Hurm.

"Cepatlah makcik!". Jojie menjerit didepan pintu office.

Aku melihat sekeliling. Semua officemate dah balik. Dashyat juga aku mengelamun. Aku membiarkan sampul surat itu didalam laci dan berlari ke arah Jojie. Aku tersenyum kearah Jojie yang penat menunggu. Aku memandang kearah laci. Lalu timbul sedikit perasaan menyesal. Jojie menarik lenganku. Setibanya kami didepan kereta, aku mencari kunci keretaku. Alamak! Jangan-jangan aku tertinggal kunci kereta dalam laci. Laci yang sama aku letakkan sampul surat tu. Aduh! Ini semua gara-gara mengelamun tentang surat misteri tu. Aku terus berlari semula keatas.

"Hoi!". Jojie menjerit.

"Kunci kereta!". Aku menjerit sambil berlari sepantas yang mungkin.


* * *
Di rumah..

Selepas selesai makan malam, aku teringat akan surat. Mujur sangat kunci kereta tertinggal tadi. Dapat juga aku tukar fikiran untuk bawa pulang surat tu. Harap-harap jangan lah ada yang letak ubat guna-guna dalam ni. Ah perasan pula aku ni, muka tak semegah, hidung mancung tak habis, pipi tak boleh sorong. Janganlah nak perasan Suria oi, siapalah yang nak manderam kan kau?

Aku mengambil surat dalam beg tanganku dan menuju ke ruang tamu. TV di-on kan supaya menjadi peneman. Aku menghidu surat. Hmm, wangi. Bau perfume lelaki ni. Dengan secara tiba-tiba, aku blushing.

"Hoi berangan!". Tegur Yaya sambil merampas remote control.

"Bisinglah. Nak berangan pun tak boleh". Aku terkejut lalu menyorokkan sampul di bawah peha.

"Kau bukan setakat berangan je. Ni ada campuran angau sekali. Bahaya dah tu. Haha"

"Janganlah tukar channel. Biarkan jela"

"Cerita cina. Chong cheng chong cheng. Macamlah kau paham. Weh, minggu depan aku dah startcuti midterm dua minggu. So, jumaat ni aku balik kampung"

Yaya adalah adik bongsu aku. Dia duduk dengan aku dekat sini. Dia belaja kat kolej. Sambil tu dia keja part-time dekat cafe bawah. Anak emak dia ni. Manja tak ingat dunia. Apa-apa rahsia janganlah harap dia boleh simpan. Kalau dia balik kampung dua minggu, terpaksalah aku hantar Afiq dekat rumah Kak Bib. Entah hendak entah tidak si Afiq tu.


Tamat Part 1

No comments: