by Hafizah Mohamad
4:23 pm
Aku menyandarkan badan ke kerusi. Letih memandang komputer. Kerja masih bertimbun. Aduhai. Aku mengeluh. Sesekali aku menjeling Ezra yang duduk betul berhadapan dengan meja 'cubicle'-ku. Dia memandang aku. Aku mengeluh lagi.
"Kerja banyak sangat ke cik kak oi?" Ezra menegur.
"Hahaha. Jangan la perli cik abang oi~"
"Nah amik ni". Ezra menghulur sesuatu.
"Lolipop?"
Aku membuka sarung lolipop dan menikmati kemanisan coklat strawberi. Terasa lega sedikit kepala. Mungkin aku kurang gula.
"Thanks"
Ezra tersenyum manis. Senyumannya mengingatkan aku kepada Tokai. Malah wajah Ezra juga menyerupai Tokai. Tokai? Apa nama betul Tokai ek? Serius aku tak pernah ambil tahu nama betul Tokai. Aku kenal Tokai ketika sekolah agama. Sekolah kebangsaan aku sekolah perempuan. So dekat sekolah agama je la aku boleh nampak kaum-kaum lelaki ni. Tokai dan aku memang rapat. Dia tua 2 tahun dari aku. Kitorang jumpa selalu dekat kantin. Dia rajin tolong makcik kantin jual makanan. Aku pun kadang-kadang rajin tolong. Dapat makanan free siapa tak mahu. Tapi selepas aku berpindah ke seremban, aku dah tak jumpa Tokai lagi. Sudah 15 tahun berlalu. Mungkinkah Ezra ni Tokai?
Buzz..
Fauzi menegur dari Yahoo Messenger.
fozi_406: termenung jauh dapat lolipop dari Ezra~
chickymeal: berangan sikit pun tak boleh ke? ^^
fozi_406: lol
chickymeal: gi buat kerja. boss kat belakang dah pandang2
fozi_406: alah dia jeles tu, sebab dia xreti nak gune ym. lol
chickymeal: ahaha
fozi_406: dah bukak surat?
chickymeal: belum dowh. last week pun aku tak bukak lagi
fozi_406: kau nak buat pekasam kepe
chickymeal: takut ar. kang ade yang letak ubat guna2. :p
fozi_406: lol perasann~
Aku memandang surat yang betul-betul letak di sebelah laptop. Kali ni surat ada isi. Entah kenapa aku rasa berdebar untuk buka surat ni. Rasanya kalau dapat surat berhenti kerja pun aku tak rasa sedebar ni. Aku masukkan surat dalam beg tangan. Aku decide untuk buka kedua-dua surat malam ni. Lagipun Afiq tak ada. Sunyilah aku. Rindu pula kat dia.
***
Di parking lot kereta.
Kringgg~
Telefon bimbit. Yaya? Apehal pulak la ni. Baru sehari aku tinggalkan Afiq. Takkan pulak Afiq merengek nak balik?
"Hello"
"Mama. Afiq kat sini"
"Afiq guna henfon chekya ni, chekya tau tak?"
"Chekya tak tau. Tapi Nenek tau"
Lepas rindu aku dapat bercakap dengan Afiq. Aku baru rasa nak call dia bila sampai rumah nanti. Belum sempat aku call, dia dah call dulu. Lepas cakap dengan Afiq, Mak pula sibuk nak cakap. Mak mintak Afiq tinggal 2 minggu terus dekat kampung. Afiq pula sounds like happy. Tak apa la kalau macam tu. As long as Afiq rasa selesa.
"Mama~ Afiq dapat kawan dekat sini". Kedengaran suara Afiq di belakang.
"Kawan?". Aku mula risau kalau sakitnya datang lagi.
"Cucu si Naima". Mak cuba menjelaskan.
Aku lega kalau Afiq dapat kawan. Maksud aku, kawan yang betul.
Tamat Part 3
No comments:
Post a Comment