Thursday, November 25, 2010

"Namaku Katie" : Episod Kalaulah aku ni Erra Pazira

by Hafizah Mohamad

Perjalanan yang mungkin mengambil masa setengah jam bagi orang normal. Tapi bagi aku yang dikurniakan anugerah berjalan pantas ini, hanya kira-kira 10 minit berjalan dari Restoren KFC di Jalan Kemaruk Cinta ke Kedai Gambar Ah Soon yang boleh dikatakan agak jauh.

Sepatutnya Ayah bagi aku pinjam motor kapcai dia tu tapi disebabkan Ayah lebih pentingkan kerja dia sebagai Tukang Kebun kat rumah Dato' Usop Haslam. Dan ayah memang tak patut pun. Sepatutnya dari aku kecil lagi dia kenalkan aku dengan Dato' Usop Haslam tu. Mesti sekarang ni aku dah jadi bintang terkenal. Haduhai. Ayah memang tak ada wawasan. Sia-sia ja aku ni dilahirkan gorgeous begini.

Okay back to keadaan sekarang. Aku yang berjalan pantas ke Kedai Gambar Ah Soon terus menerjah kedalam kedai. Mujur kedai ber-aircond. Lepak 5 minit kejap.

"Amoi mahu bikin apa?". Apek kedai tanya.

"Haiya apek. Wa mahu bikin gambar pasport"

"Then, apa lu bikin. Masuk sini amik gambar la"

"Apek~ gambar mesti mau cantik. Muka mesti kasik tachap. Gimme 5 more minit"

Apek tak boleh bla dengan aku dia terus layan customer lain. Gila nikmat betullah air-cond. Khayal aku dibuatnya. Aku lalai dengan masa. Aku pandang jam tangan. Eh, aku mana ada jam. Belum mampu nak beli. Terkepoh-kepoh aku pandang kiri kanan mencari jam dinding. Pun takda. Tension aku dibuatnya. Aku bangun ke arah Apek. Aku tengok tangan dia pun tak berjam. Apek blur tengok gelagat aku.

"Apek~ apa pasal kedai tada jam?"

"Amoi~ You lengok itu jam batu lekat lataran lali sini pun boleh nampak lor~"

"What?! 2:39?"

"..." <-- apek blur sakan

"Come on apek! Take my photo!"

Aku menarik tangan Apek yang sakannya blur. Maka tak sempatlah aku nak men-tachap muka. Habislah hilang seri Erra Pazira aku. Tapi aku sempat senyum. Confirm la mesti cun punya gambar. Sejurus gambar siap, aku terus memecutkan langkah ke kedai photostat.

"Potostat IC 2 keping~"

Abang yang ala-ala mirip Johny Debt ni tengok aku sampai dua tiga kali. Entah apehal la pulak. Aku cuba tak perasan gorgeous kali ni. Aku cuba berfikiran waras. Aku pandang Abang denganserious. Kemudian dia gelak sambil hulur IC dan photostat IC aku. Aku cuba tenang. Aku mengambil keputusan genius yang Johny Debt tak la hensem mana pun dan terus berlalu pergi dari situ.

Sampai di depan Restoren KFC. Aku terus menuju ke Staff KFC yang nametag dia ada tulisManager. Aku hulur kesemua dokumen yang dia mahukan. Dia pandang aku dengan muka kerek. Aku senyum lebar sebab bangga dengan diri sendiri untuk hari ini.

"You late~"

"Huh?"

"Saya suh awak balik ke sini before pukul 3 petang"

"Ye. Saya pasti sekarang ni belum pukul 3"

"It's 3:29 already~". Dengan garangnya menunjukkan jam tangan Rolex pasar malamnya.

"Huh?!!"

"Sorry~"

Dokumen pun diserahkan kembali. Apa yang aku silap? Lambat ke aku? Aku keluar dari pintu Restoren KFC. Dan aku tekad untuk boikot KFC buat selama-lamanya. Aku pandang jam batu dekat dataran tu.

2:39

Ok jam rosak. Aku terima seadanya. Aku buka sampul kecil berisi gambar pasport ku dengan harapan gambarku se-gorgeous Erra Pazira. Erk, maskaraku cair dek kerana peluh yang melampau. Maklumlah maskara murah, bukan yang kalis air. Patut pun Abang Johny Debtketawakan aku.

Hari ini aku men-decide, ianya adalah hari malang untuk aku. Aku nangis depan KFC. Sob Sob. Terhidu bau KFC. Damn! Sedapnya.


Tamat.

No comments: