.: Interview Session with Namie :.
Wartawan: "Siapa Namie dalam TAL?"
Namie: "Seorang gadis misteri yang tiada siapa tahu asal usul dia."
Wartawan: "Adakah dia watak jahat or baik?"
Namie: "Itu lah misteri nya. Mungkin dia ada muslihat disebaliknya."
Wartawan: "Bagaimana dengan wataknya?"
Namie: "Dia seorang yang agak pelik. Dia jarang bercakap tapi dia suka bertanya sehingga orang naik bosan nak layan."
Wartawan: "Antara Flora, Maya dan Ariana, yang mana satu Namie rapat?"
Namie: "Adiana. Bukan Ariana."
Wartawan: "Maafkan saya. Saya belum interview dia lagi, maybe sebab tu saya tersilap."
Namie: "Oh nanti kalau interview dia, boleh tak tanya sama ada dia benci Namie ke tak?"
Wartawan: "Kenapa pula dia boleh benci Namie?"
Namie: "Itu yang saya nak tahu juga. Mungkin dia benci. Entahlah, dari pandangan dia tu. Entah~"
Wartawan: "Okay insya-Allah kalau saya ingat, saya akan tanya Adiana. So, dalam TAL, hidup Namie ada kaitan tidak dengan Flora dan Maya?"
Namie: "Saya jumpa Flora dahulu. Flora yang kenalkan saya dengan Adiana."
Wartawan: "Bagaimana Flora boleh kenal dengan Adiana?"
Namie: "Kalau tak salah saya, ibu Flora satu kampung dengan nenek Adiana. Rasanya lah, saya tak sure. Kenapa tak tanya pada Flora je?"
Wartawan: "Kami sudah interview Flora dalam sesi sebelum ini. Tak terlintas pula nak tanya soalan ni."
Namie: "Saya rasa awak perlu interview Flora sekali lagi."
Wartawan: "Kenapa pula?"
Namie: "..."
Wartawan: "Erk, okaylah cik Namie. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa."
Bersambung..
No comments:
Post a Comment